Monday, August 16, 2010

Politik berasaskan kebencian

Orang UMNO korup? Ya, memang ada…

Berapa ramai? Ramai itu subjektif… Jika dibandingkan dengan bilangan ahli UMNO keseluruhannya maka bilangan yang korup ini adalah amat kecil

UMNO berjasa kepada bangsa Melayu? Ya… Itu sudah pasti… Walaupun kita cuba menafikannya namun fakta dan kebenaran tidak akan dapat dipadamkan…

Berapa banyak jasa UMNO? Saya rasa setiap kita yang dinamakan Melayu ini menerima begitu banyak nikmat hasil dari perjuangan UMNO… Kita ambil salah satu darinya … Peluang pembelajaran… Saya sebagai contoh, tidak mungkin dapat masuk ke menara gading dengan keputusan SPM yang jauh lebih rendah dari pelajar kaum lain… Mereka dapat aggregate bawah 15 sedangkan saya dan rakan-rakan yang lain mempunyai keputusan yang sederhana sahaja… Malah ada yang dapat SPM gred 2 masih ditawarkan tempat di menara gading… Kalau bukan UMNO yang membuat dasar tersebut siapa lagi?

Masih belum dapat melihat?

Dalam agihan kontrak kerajaan, sebahagian besarnya diperuntukkan kepada syarikat yang bertaraf Bumiputera… Secara khususnya Bumiputera merujuk kepada Melayu sebahagian besarnya tanpa mengira fahaman politik… Ini berasaskan kepada perjuangan UMNO yang memastikan bahawa hak-hak dan keistimewaan orang-orang Melayu terus dipertahankan… Kalau kita perhatikan hampir keseluruhan pekerja dalam syarikat-syarikat milik Melayu adalah orang-orang Melayu itu sendiri… Begitu banyak peluang pekerjaan dan kenaikan pangkat dinikmati… Saya pernah bekerja dengan banyak syarikat dan sekiranya syarikat tersebut dikawal oleh bangsa lain maka akan jelas kelihatan bangsa Melayu dinafikan dari memegang jawatan yang tinggi berdasarkan warna kulit walaupun mempunyai kemampuan yang setara atau melebihi bangsa mereka…

Jadi dimanakah silapnya? Bangsa Melayu menolak apa yang selama ini diperjuangkan oleh UMNO untuk mereka… Bangsa Melayu sendiri mula bercakap senada dengan bangsa lain yang dari dulu ingin menghapuskan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu… Apakah kita tidak sedar bahawa semangat perkauman yang ada pada bangsa lain adalah jauh lebih tebal dari kita? Mereka tidak menyuarakannya tapi percayalah dan lihatlah dengan mata sendiri adakah kita bangsa Melayu mendapat tempat dalam dunia mereka? Berapa banyak syarikat Melayu yang mendapat kontrak dari bangsa lain? Siapa yang menjadi pembekal untuk keseluruhan projek mereka? Berapa ramai bangsa lain yang masuk ke kedai runcit Melayu mendapatkan keperluan seharian? Berapa ramai bangsa mereka yang menghantar kereta rosak ke bengkel milik Melayu?

Sebab nila setitik rosak susu sebelanga… Kalau nila setitik yang diibaratkan itu pemimpin UMNO yang menyeleweng, siapa pula susu sebelanga? Orang-orang UMNO sahaja? Kalau itu yang kita fikirkan maka kita tersilap besar… Kesemua orang Melayulah susu sebelanga tersebut… Dengan menyokong penghapusan hak-hak Melayu bukan hanya ahli-ahli UMNO sahaja yang rugi malah kita semua akan menerima musibahnya…

Bila dihujahkan Melayu maka akan ada yang menekankan dalam Islam itu bukannya berasaskan kaum semata-mata… Tapi kita harus ingat bahawa setiap Melayu yang dilahirkan adalah beragama Islam… Hanya ada kes-kes terpencil dimana Melayu keluar dari Islam… Maka dengan yang tersebut mengapa dipertikaikan perjuangan untuk Melayu tidak Islamik? Pemimpin-pemimpin Melayu UMNO lah yang selama ini menegakkan syiar Islam di Malaysia… Tidak ada kompromi apabila tiba kepada kepentingan Islam… UMNO tidak pernah tunduk kepada MCA, MIC atau komponen lain bila ianya berkait dengan Islam… Jauh berbeza dengan pakatan pembangkang yang dibentuk lebih memberikan kuasa dan tumpuan kepada agama dan kaum lain… Saya berasa dukacita apabila membaca dokumen ‘Governing Selangor’ yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Selangor sekarang yang memperuntukkan dengan jelas sejumlah wang untuk agama-agama lain tetapi tidak langsung memberikan komitmen kewangan untuk Islam… Adakah kesemua Melayu yang ada dalam pentadbiran negeri Selangor sekarang cukup takut dengan DAP?

Persoalannya sekarang adakah orang-orang Melayu membuat keputusan yang tepat apabila mengundi berdasarkan ceramah-ceramah dan blog-blog yang rata-ratanya menghentam pemimpin UMNO dalam kes-kes tertentu sahaja… Adakah apabila harga gula dinaikkan dan isu ini digunakan untuk menyerang kerajaan maka kita turut serta marah dengan kenaikan tersebut… Pernahkah kita cuba untuk memahami sebab-sebab kenaikan harga gula? Untuk makluman harga gula mentah yang diimpot adalah sebanyak RM220 /tan meningkat kepada RM440 /tan pada 2009 dan terus meningkat kepada RM660 /tan pada tahun ini… Munasabahkah segala kenaikan ini disandarkan kepada subsidi yang akhirnya akan memakan belanja yang begitu banyak untuk ditanggung oleh kerajaan… Beban ini akhirnya akan menyebabkan perbelanjaan pembangunan dan kemudahan rakyat terjejas… Tapi kita semua memilih untuk menyalahkan kerajaan semata-mata hanya kerana dimomokkan oleh tohmahan pihak-pihak tertentu… Lebih parah lagi apabila tuduhan dibuat wang tersebut akan diambil oleh UMNO? Masing-masing dah sekolah tinggi pun masih menelan bulat-bulat semua tohmahan ini…

Tak mungkin kesemua ahli-ahli UMNO yang berjumlah lebih 3 juta orang ini korup… tak mungkin kesemua mereka menerima bulat-bulat apa yang dikatakan oleh pemimpin UMNO… Dalam lingkaran UMNO sendiri berlakunya perdebatan dan teguran dalam apa jua keputusan yang dibuat. Sebenarnya jika kita lihat begitu banyak masalah dalam UMNO dihebahkan dan diperdebatkan kerana sistem kepimpinan terbuka yang diamalkan… Ini jelas menunjukkan sebarang penyelewengan atau kelemahan yang berlaku tidak akan terlepas dari kacamata ahli-ahli UMNO sendiri… Tanpa pembangkang pun UMNO sudah cukup mempunyai pasukan ‘check and balance’ yang labih keras menghukum pemimpin-pemimpin sendiri… Perdana Menteri ke 5, penjawat hairaki tertinggi parti, menjadi bukti ketegasan sistem pengimbangtara dalaman UMNO sehingga beliau terpaksa meletakkan jawatan…

Masihkah kita belum dapat melihat?

No comments:

Post a Comment