Friday, November 2, 2012

Transformasi Politik

Berapa ramai pemimpin di atas tu yang benar-benar faham dengan konsep yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri ni?  Pernahkah mereka melihat sendiri kedudukan dan hasil kerja mereka dari kacamata akarumbi?  Apa yang teramat jelas sekarang sebahagian besar atau tidak keterlaluan boleh dikatakan hampir kesemua pimpinan tertinggi negara tidak dapat menyelami hasrat dan perubahan yang benar-benar ditagih oleh rakyat...

Aku berkesempatan berbual dengan Ketua Pengarah sebuah agensi kerajaan baru-baru ini.  Beliau merupakan seorang yang aku lihat bekerja kuat untuk membantu YAB PM dalam merealisasikan wawasan-wawasan beliau.  Tetapi seperti juga aku yang hampir tidak boleh mengawal mulutku sendiri dalam berhadapan dengan isu-isu berkaitan, beliau juga menghadapi masalah 'tidak dialu-alukan untuk memberi pendapat' kerana pendapatnya sering membuatkan orang lain tidak selesa dengan ungkapan "berkata benar walaupun pahit".

Apa yang aku lihat ramai yang hanya berminat untuk turun ke bahagian-bahagian untuk mempalitkan diri dengan 'masalah politik' setempat.  Berapa ramai pimpinan atasan ini yang cuba turun ke kawasan selain tempat mereka sendiri untuk membantu rakyat?  Turun tanpa paluan kompang dan duduk di atas pentas.  Jika merasakan mereka tidak mampu membantu menyelami masalah rakyat di tempat tersebut, sekurang2nya mereka perlu melihat dan mendekati pemimpin-pemimpin kecil di tempat tersebut.  Turunlah bertanyakan "apa masalah kawasan anda?" "ada apa-apa yg boleh dibantu?" "ini senarai program/skim bantuan dari kementerian yg saya wakili yg boleh disalurkan ke kawasan anda".  Ada pemimpin atasan yang meluangkan masa menyelami masalah pemimpin-pemimpin kecil di tempat selain dari kawasan mereka?  Ingat, mereka berada di atas kerana diletakkan di sana oleh yang di bawah, bukan untuk menjadi patung peragaan atau bahan hiasan.  Kalau perkara asas sebegini tidak dapat difahami maka anda tidak layak untuk menjadi pemimpin besar seperti sekarang.  Akhirnya persepsi rakyat ialah "duduk di situ untuk penuhkan poket anda dan kroni-kroni".

Di bawah kami sedang melihat satu fenomena yang amat berlainan dari apa yg pemimpin atasan lihat.  Mereka hanya membuat andaian dan hipotesis berdasarkan laporan-laporan samada dari agensi-agensi atau tukang-tukang karut/kaki kipas yang mereka pasang sekeliling mereka untuk menjaga kepentingan diri mereka sendiri.  Berapa ramai SUPOL, SUS atau Pegawai-pegawai Khas yang benar-benar melaporkan senario sebenar?  Berapa ramai yang melontarkan idea-idea untuk membantu rakyat dan pimpinan bawahan?  Berapa ramai yang mahu merealisasikan wawasan Transformasi YAB PM?

Yang pasti dan nampak terlalu jelas sekarang ini ialah keghairahan mereka 'pasang badan' untuk menjadi calon PRU 13 dan seterusnya melobi utntuk jawatan-jawatan penting.  Perkara ini sedang hangat dicemuh oleh rakyat di bawah.  Ramai yang tidak dapat menyelami tugas dan fungsi sebenar mereka berada di sekeliling pemimpin atasan.



Aku bersama pemimpin kecil kawasanku membantu rakyat mempertahankan bumbung tempat mereka dan keluarga mereka berteduh semalam, 1 Nov 2012.  Sehingga hari ini setelah 24 jam berlalu tiada seorang pun pemimpin atasan yang bertanyakan atau tampil untuk menghulurkan bantuan mereka.  Kami yang di bawah seperti biasa dibiarkan berjuang dengan kudrat empat kerat untuk berhadapan dengan pembangkang.  Memenangi medan-medan pertempuran kecil ini akan membawa kepada kejayaan menguasai peperangan.  Yang bergelumang dengan kelodak ialah sojar-sojar kecil manakala yang akan berpesta dengan kemenangan adalah mereka yang berpangkat jeneral.

Laugh while you all still can because it might be your last laugh.