Monday, August 30, 2010

Bubur Lambuk dan Anak-anak Yatim

Bila tiba bulan Ramadhan, pada tiap-tiap tahun maka ramailah antara kita yang akan bermurah hati untuk terlibat dengan salah satu atau kedua-dua subjek di atas... Pertamanya bubur lambuk... Semakin banyak pihak menganjurkan majlis gotong royong memasak bubur lambuk seterusnya mengagih-agihkannya kepada orangramai tanpa mengira fahaman politik... Saya melihat fenomena ini sebagai satu usaha positif dalam menghidupkan semula semangat gotong royong serta bersedekah yang semakin lama semakin menipis di dalam masyarakat kita... Lebih menyeronokkan apabila dilihat lebih ramai golongan muda turut serta dalam program ini... 


Apakah signifikannya memasak bubur lambuk? Kenapa bukan kuih karipap? Atau nasi goreng? Atau juga laksa? Mungkin kerana ianya lebih mudah disediakan dan enak dimakan... Bapa saya juga menerima 2 bungkus dari program yang berbeza... Gembiranya beliau kerana sedang sakit gigi dan tak perlu untuk mengunyah...

Subjek yang lebih penting untuk dibincangkan ialah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin... Dalam hal ini saya gembira apabila lebih ramai pihak tampil memberikan sumbangan kepada mereka... Maka tak menang tangan rumah-rumah anak-anak yatim ini melayani jemputan berbuka puasa serta penyampaian sumbangan... Pada bulan ini jugalah mereka akan diberikan bermacam-macam sumbangan sehinggakan ada antara rumah anak-anak yatim ini terpaksa menolak undangan disebabkan telah 'fully booked'...

Isunya ialah kenapa selepas bulan Ramadhan maka mereka seperti dilupakan? Adakah kita yakin yang bersedekah itu cuma perlu dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja?

Rasanya adalah lebih bermanfaat lagi sekiranya badan-badan korporat serta individu-individu pemurah ini meneruskan usaha membantu golongan-golongan ini secara berterusan pada bulan-bulan lain... Masih terdapat banyak kekurangan dan masalah yang dihadapi oleh golongan-golongan ini dalam menempuhi kehidupan seharian... Yakinlah bahawa bantuan dan sedekah yang dihulurkan pada bulan-bulan lain juga mendapat ganjaran dari Allah swt...


Pada program yang saya hadiri semalam, Ahad 29 Ogos 2010 sumbangan telah diberikan kepada anak-anak yatim yang bukan dari pusat/rumah anak-anak yatim... Tahniah kepada pihak terbabit yang berusaha mengenalpasti anak-anak yatim yang berada bersama dikalangan kita yang juga memerlukan bantuan terutamanya menjelang Syawal... Kadangkala kita cuma melihat anak-anak yatim yang berada dalam pusat-pusat jagaan dan terlepas pandang kepada anak-anak yatim yang masih berada di sekitar kita yang menghadapi kesukaran dalam mengharungi kehidupan seharian...


Thursday, August 26, 2010

Kontrak Sosial

Akhir-akhir ini semakin ramai yang memperkatakan tentang Kontrak Sosial dan keistimewaan orang-orang Melayu... Semakin ramai terutamanya orang-orang Cina yang lantang bersuara meminta supaya hak-hak tersebut ditarik semula dan kesamarataan diamalkan... Kesamarataan mengikut acuan mereka...

Sebenarnya tidak ada istilah yang tepat yang boleh digunakan dalam konsep ini... Ini kerana pencapaian sesuatu kaum itu sendiri tidak dapat diukur dengan tepat... Secara rambang dapat dilihat bangsa India ramai yang berada di paras bawah tetapi mempunyai golongan 'terlalu kaya'... Maka mereka termasuk dalam kategori 'terlalu miskin - terlalu kaya'... Bangsa Cina pula dilihat berada dalam kategori 'pertengahan - kaya - terlalu kaya' manakala Melayu rata-rata berada dalam kategori 'miskin - pertengahan - kaya'...

Jadi... Bagaimanakah kita hendak mengambil kesimpulan dalam menentukan kekayaan negara dibahagikan secara samarata kepada semua rakyat Malaysia?

Pada pandangan saya bangsa Cina tidak perlu menjadi terlalu ekstrem dalam merebut segala peluang yang ada di negara ini... Mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu tidak akan dapat menyelesaikan sebarang masalah kerana bangsa Cina bebas menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan yang sah di negara ini... Tidak terdapat sebarang sekatan dalam hal tersebut... Yang ada cuma terdapat 30% peratus dari kontrak kerajaan yang diperuntukkan kepada bangsa Melayu... Selebihnya 70% lagi masih boleh mereka rebut dan dengan sistem kapitalis yang mereka amalkan setakat ini merekalah yang mendapat manfaat darinya...

Berbalik kepada kontrak sosial yang semakin dipertikaikan oleh bangsa Cina dan India ianya amatlah membahayakan terutamanya dari segi kestabilan politik di negara ini... Kontrak Sosial tersebut telah dipersetujui oleh generasi terdahulu kerana mereka melihat dan mengalami inilah satu-satunya cara untuk mengekalkan keharmonian di Malaysia... Asasnya kewarganegaraan diberikan kepada bangsa Cina dan India dengan syarat orang-orang Melayu diberikan hak-hak keistimewaan kerana membenarkan mereka terus tinggal di Tanah Melayu ini...

Kontrak telah dimateri dan dipersetujui... Umpama sistem jualbeli atau sistem barter sekalipun, setiap yang bertukar tangan ada imbuhannya... Anda dapat itu, kami dapat ini... Anda dapat kewarganegaraan, kami dapat keistimewaan... Fair and square...

Tapi sekiranya bangsa Cina dan India masih tidak berpuashati dengan Kontrak Sosial ini maka saya cadangkan kita kembali semula ke meja perundingan... Serahkan semula KEWARGANEGARAAN dan berbincanglah semula untuk syarat-syarat dan terma-terma yang baru... Mungkin pada waktu itu mereka akan lebih menghargai kewarganegaraan yang diberikan untuk terus tinggal di bumi Malaysia yang bertuah ini...

Adalah dicadangkan juga semua kelahiran baru bangsa Cina dan India ini diberikan taraf Permastautin Tetap sahaja sehingga mereka mencecah umur 18 tahun... Hanya mereka yang bersetuju dan menandatangani Kontrak Sosial diberikan kewarganegaraan Malaysia... Yang mempertikaikannya sentiasa dibenarkan untuk 'pulang' semula ke Tanah Besar Cina atau Benua Kecil India...

Haaa... Bukankah itu cara yang lebih mudah?

Saturday, August 21, 2010

Life's a movie...

One of my favourite movie during twenties is "The Silver Dream Racer"... A story about a racer who persevere in winning the motoGP... The only upset is the racer died at the end of the movie after finally winning the race... How ironic!

Nowadays movies as such does not interest me anymore... No thanks to the latest computer generated image technology even though the movies look astonishingly great but lacks of some human values...

I went to the late night show last night with my wife and kids to watch "The Last Airbender" found myself snoring in the middle of the show... Even though the special effects was breathtaking I found the movie to be monotonous... I'm not "supporting" the lead character through his conquest... He's just a lame hero to me...

I guess the challenge of making better and bigger movies are making it losing the real human "feelings"... Contrary to the Malaysian movie industry, we are moving backwards served with all the spooky and scary ghost stories which does not relate to our current lifestyle and achievements... Maybe they found it easier to scare the audience rather than to lure them to the theatre... I have not watched a Malay movie in the cinema for a time I forgot how long... Not that I'm not patriotic but I do not want to live in a "haunted" future...

Sometimes, I just want to close my eyes and imagine living in the 25th century rather than taking myself back to the seventies when the bomohs ruled the village...

Does this "bomoh believer" really live amongst us nowadays? You'll be surprised...

Friday, August 20, 2010

Sahabat atau musibat?

Kawan-kawan yang ada bersama-sama kita sewaktu kita mendaki untuk naik adalah kawan-kawan yang tahu apa onak dan rintangan yang diharungi... Apa lagi jika perjalanan tersebut adalah sebuah perjalanan yang sukar... Ada yang membantu menebas jalan... Ada yang membantu mengangkut beban keperluan... Ada yang menadah bahu untuk dijadikan tempat memanjat... Ada yang menghulur tangan menarik ke darjat...

Yang tersadung akar... Yang terpijak duri... Yang terkehel di lopak... Yang tertusuk onak... Ada yang sakitnya kita nampak... Ada yang berdiam supaya kesakitan tidak membelenggu pendakian kelak... Yang lesu terus menggagah... Yang tumbang terus dipapah...

Bila sampai ke mercu kemegahan, apakah yang terlintas di fikiran? Kejayaan itu milikku seorang? Kawan-kawan ditolak ke gaung seorang demi seorang... AKU RAJA HUTAN!

Apakah dengan sekelumit kekayaan itu boleh membeli ketulenan jiwa? Apakah dengan kekuasaan itu boleh menundukkan bangsa?

Jangan kita dahaga dalam hujan... Jangan kita berdiang di gurun gersang...

Dalam ramai bukannya semua kawan... Dalam sunyi bukannya tiada yang memerhatikan...

Perlukah tunggu terhantuk baru nak terngadah? Perlukan jatuh papa baru nak bermuhasabah?

Teman ketawa beribu... Teman berduka tak siapa mahu...

Aku tetap dengan kehidupanku... Tiada ku merasa kerugian, tiada ku harap harta dan jawatan... Kerana dikhianati ku mengundur diri... Namun karma tetap akan menghampiri...

Hanya satu yang kukesali... kehilangan seorang yang pernah kuanggap sebagai saudara kandungku sendiri...

Cuma satu pesan untukku dan semua sahabatku... Ingatlah Allah Maha Adil... Tiada yang lepas dari neracaNya...















Monday, August 16, 2010

Politik berasaskan kebencian

Orang UMNO korup? Ya, memang ada…

Berapa ramai? Ramai itu subjektif… Jika dibandingkan dengan bilangan ahli UMNO keseluruhannya maka bilangan yang korup ini adalah amat kecil

UMNO berjasa kepada bangsa Melayu? Ya… Itu sudah pasti… Walaupun kita cuba menafikannya namun fakta dan kebenaran tidak akan dapat dipadamkan…

Berapa banyak jasa UMNO? Saya rasa setiap kita yang dinamakan Melayu ini menerima begitu banyak nikmat hasil dari perjuangan UMNO… Kita ambil salah satu darinya … Peluang pembelajaran… Saya sebagai contoh, tidak mungkin dapat masuk ke menara gading dengan keputusan SPM yang jauh lebih rendah dari pelajar kaum lain… Mereka dapat aggregate bawah 15 sedangkan saya dan rakan-rakan yang lain mempunyai keputusan yang sederhana sahaja… Malah ada yang dapat SPM gred 2 masih ditawarkan tempat di menara gading… Kalau bukan UMNO yang membuat dasar tersebut siapa lagi?

Masih belum dapat melihat?

Dalam agihan kontrak kerajaan, sebahagian besarnya diperuntukkan kepada syarikat yang bertaraf Bumiputera… Secara khususnya Bumiputera merujuk kepada Melayu sebahagian besarnya tanpa mengira fahaman politik… Ini berasaskan kepada perjuangan UMNO yang memastikan bahawa hak-hak dan keistimewaan orang-orang Melayu terus dipertahankan… Kalau kita perhatikan hampir keseluruhan pekerja dalam syarikat-syarikat milik Melayu adalah orang-orang Melayu itu sendiri… Begitu banyak peluang pekerjaan dan kenaikan pangkat dinikmati… Saya pernah bekerja dengan banyak syarikat dan sekiranya syarikat tersebut dikawal oleh bangsa lain maka akan jelas kelihatan bangsa Melayu dinafikan dari memegang jawatan yang tinggi berdasarkan warna kulit walaupun mempunyai kemampuan yang setara atau melebihi bangsa mereka…

Jadi dimanakah silapnya? Bangsa Melayu menolak apa yang selama ini diperjuangkan oleh UMNO untuk mereka… Bangsa Melayu sendiri mula bercakap senada dengan bangsa lain yang dari dulu ingin menghapuskan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu… Apakah kita tidak sedar bahawa semangat perkauman yang ada pada bangsa lain adalah jauh lebih tebal dari kita? Mereka tidak menyuarakannya tapi percayalah dan lihatlah dengan mata sendiri adakah kita bangsa Melayu mendapat tempat dalam dunia mereka? Berapa banyak syarikat Melayu yang mendapat kontrak dari bangsa lain? Siapa yang menjadi pembekal untuk keseluruhan projek mereka? Berapa ramai bangsa lain yang masuk ke kedai runcit Melayu mendapatkan keperluan seharian? Berapa ramai bangsa mereka yang menghantar kereta rosak ke bengkel milik Melayu?

Sebab nila setitik rosak susu sebelanga… Kalau nila setitik yang diibaratkan itu pemimpin UMNO yang menyeleweng, siapa pula susu sebelanga? Orang-orang UMNO sahaja? Kalau itu yang kita fikirkan maka kita tersilap besar… Kesemua orang Melayulah susu sebelanga tersebut… Dengan menyokong penghapusan hak-hak Melayu bukan hanya ahli-ahli UMNO sahaja yang rugi malah kita semua akan menerima musibahnya…

Bila dihujahkan Melayu maka akan ada yang menekankan dalam Islam itu bukannya berasaskan kaum semata-mata… Tapi kita harus ingat bahawa setiap Melayu yang dilahirkan adalah beragama Islam… Hanya ada kes-kes terpencil dimana Melayu keluar dari Islam… Maka dengan yang tersebut mengapa dipertikaikan perjuangan untuk Melayu tidak Islamik? Pemimpin-pemimpin Melayu UMNO lah yang selama ini menegakkan syiar Islam di Malaysia… Tidak ada kompromi apabila tiba kepada kepentingan Islam… UMNO tidak pernah tunduk kepada MCA, MIC atau komponen lain bila ianya berkait dengan Islam… Jauh berbeza dengan pakatan pembangkang yang dibentuk lebih memberikan kuasa dan tumpuan kepada agama dan kaum lain… Saya berasa dukacita apabila membaca dokumen ‘Governing Selangor’ yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Selangor sekarang yang memperuntukkan dengan jelas sejumlah wang untuk agama-agama lain tetapi tidak langsung memberikan komitmen kewangan untuk Islam… Adakah kesemua Melayu yang ada dalam pentadbiran negeri Selangor sekarang cukup takut dengan DAP?

Persoalannya sekarang adakah orang-orang Melayu membuat keputusan yang tepat apabila mengundi berdasarkan ceramah-ceramah dan blog-blog yang rata-ratanya menghentam pemimpin UMNO dalam kes-kes tertentu sahaja… Adakah apabila harga gula dinaikkan dan isu ini digunakan untuk menyerang kerajaan maka kita turut serta marah dengan kenaikan tersebut… Pernahkah kita cuba untuk memahami sebab-sebab kenaikan harga gula? Untuk makluman harga gula mentah yang diimpot adalah sebanyak RM220 /tan meningkat kepada RM440 /tan pada 2009 dan terus meningkat kepada RM660 /tan pada tahun ini… Munasabahkah segala kenaikan ini disandarkan kepada subsidi yang akhirnya akan memakan belanja yang begitu banyak untuk ditanggung oleh kerajaan… Beban ini akhirnya akan menyebabkan perbelanjaan pembangunan dan kemudahan rakyat terjejas… Tapi kita semua memilih untuk menyalahkan kerajaan semata-mata hanya kerana dimomokkan oleh tohmahan pihak-pihak tertentu… Lebih parah lagi apabila tuduhan dibuat wang tersebut akan diambil oleh UMNO? Masing-masing dah sekolah tinggi pun masih menelan bulat-bulat semua tohmahan ini…

Tak mungkin kesemua ahli-ahli UMNO yang berjumlah lebih 3 juta orang ini korup… tak mungkin kesemua mereka menerima bulat-bulat apa yang dikatakan oleh pemimpin UMNO… Dalam lingkaran UMNO sendiri berlakunya perdebatan dan teguran dalam apa jua keputusan yang dibuat. Sebenarnya jika kita lihat begitu banyak masalah dalam UMNO dihebahkan dan diperdebatkan kerana sistem kepimpinan terbuka yang diamalkan… Ini jelas menunjukkan sebarang penyelewengan atau kelemahan yang berlaku tidak akan terlepas dari kacamata ahli-ahli UMNO sendiri… Tanpa pembangkang pun UMNO sudah cukup mempunyai pasukan ‘check and balance’ yang labih keras menghukum pemimpin-pemimpin sendiri… Perdana Menteri ke 5, penjawat hairaki tertinggi parti, menjadi bukti ketegasan sistem pengimbangtara dalaman UMNO sehingga beliau terpaksa meletakkan jawatan…

Masihkah kita belum dapat melihat?

Sunday, August 15, 2010

Ekuiti Bumiputera

CSL mengaruk lagi... dalam usaha untuk menarik kembali sokongan kepada MCA, CSL menggunakan nada seirama dengan DAP... melawan api menggunakan api... malangnya api tersebut dihalakan kepada bangsa Melayu yang menjadi ketuanan kepada bumi bertuah ini... kalau dilihat dengan pandangan kasar kini DAP, PKR dan MCA membentuk satu 'pasukan' tidak rasmi cuba menghapuskan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu...

Aku bersetuju dengan saranan mengubah ekuiti pemilikan Bumiputera ini... berbeza dengan CSL, aku mencadangkan agar ekuiti ini disandarkan kepada jumlah penduduk mengikut ras di negara ini... Kaum Melayu secara kasarnya tidak patut mendapat pegangan ekuiti 30% tetapi 60% diikuti oleh bangsa Cina 30%, bangsa India 7% dan lain-lain 3%...

Bukankah itu lebih adil dan saksama?  Mendesak agar bangsa Cina dibenarkan mengaut kesemua ekuiti mengikut kemampuan adalah saranan dari pemikiran yang cetek... kalau dibenarkan sudah tentulah mereka akan mampu mengaut kesemuanya... Mereka berniaga tanpa kekangan nafsu dan peraturan agama... isu bertolak ansur, tolong menolong dan samarata tidak wujud langsung dalam bangsa mereka...

Dalam buku "The Malay Dilemma" tulisan Tun Dr Mahathir jelas sekali dinyatakan bagaimana bangsa ini mempunyai budaya yang jauh lebih ekstrim dari bangsa Melayu... Mana mungkin bangsa Melayu yang baru sahaja mula mengenali alam perniagaan moden bersaing dengan satu bangsa yang jauh lebih lama berdagang ke seluruh palusuk dunia... satu-satunya kaum racist yang mendirikan "China Town" hampir di seluruh pelusuk dunia... satu bangsa yang begitu kuat mementingkan bangsa sendiri hatta dalam urusan kehidupan harian sekali pun... Umpama menyuruh budak sekolah rendah melawan pasukan bolasepak professional... Kita semua tahu apa keputusan perlawanan itu nanti...

CSL sering menggunakan beberapa tokoh Melayu yang baru sahaja memasuki carta senarai orang-orang terkaya di Malaysia... bagaimana dengan lapisan di bawahnya... lapisan di bawah lagi... dan seterusnya kepada lapisan masyarakat umum... Bangsa Melayu masih jauh ketinggalan...

Inilah musibahnya apabila bangsa Melayu menunjukkan perpecahan mereka secara terang-terangan... Aku merujuk secara khusus kepada parti politik UMNO dan PAS... PKR pula bukan parti politik berasaskan bangsa Melayu yang begitu kabur arah perjuangannya...

Apabila segala ruang untuk menyatukan bangsa Melayu dipertontonkan sebagai "tidak mungkin boleh berlaku" berterusan selama beberapa tahun membuatkan bangsa Cina melihat ruang untuk mereka mendesak terbuka dengan begitu meluas... Mereka tidak mempunyai asas bertolak ansur yang ditanamkan begitu kuat kepada bangsa Melayu melalui ajaran Islam... Pendidikan Islam juga menekankan banyak kepada kesederhanaan dalam hidup... Dengan memahami corak pemikiran dan pegangan Islam yang kuat dalam bangsa Melayu mereka yakin akan dapat membolot segala jenis peluang dalam pegangan ekuiti jika desakan ini diberikan perhatian oleh kerajaan...

Aku rasa dalam hal ini bangsa Melayu mesti berfikiran rasional dan matang... lihat dengan waras pilihan yang ada dalam memperjuangkan hak-hak dan kepentingan bangsa Melayu... Mengundi dalam pilihanraya dan menjalani hidup seharian adalah dua perkara yang berbeza... Menjalani kehidupan seharian umpama air mengalir yang menghakis tepian secara perlahan manakala mengundi 5 tahun sekali umpama air bah yang menghempas tebing dengan kuat...

Orang Melayu memang cukup sinonim dengan "menang sorak kampung tergadai"...  Pentingnya melepaskan geram pada hari ini tanpa menghiraukan nasib generasi akan datang...

31 Ogos ini Malaysia akan menyambut kemerdekaan ke 53 tahun... Sepanjang tempoh itu kepentingan Melayu dan Islam terpelihara dengan baik walau pun Melayu masih gagal mencapai sasaran 30% ekuiti... 2008 memperlihatkan bagaimana Melayu cuba memperjudikan nasib kaumnya sendiri... Rasa-rasanya adakah pertaruhan itu membuahkan hasil yang lebih baik dari yang sebelumnya...

Tepuk dada tanya selera... Untungkah kita?

Friday, August 13, 2010

Motorbikes anyone?

the mercury hit 37 degree for 2 continuous hours yesterday... riding in the heat took most of my liquids away leaving me dehydrated and feeling dry towards the second half of the day... took a quick shower and head towards the bedroom to cool down under the breeze of a miracle creation called air conditioning unit... after an hour an unpleasing allegro of uninvited orchestra emerged from the unit... it too has taken the beating of the dreaded global warming...

i'll try not to sound like the environmentalist but i do believe we all should do our part to save the earth... small participation do make a lot of difference... for single drivers please invest on a motorbike for daily commute... it will indeed contribute to less carbon monoxide emissions changing from 4 pistons to a single cost effective under bone... believe me the savings from petrol, parking fee and tolls will offset the cost buying the bike in no time...

i urge the government to provide attractive incentives in promoting this campaign... indirectly it will reduce the amount of heavily subsidised petrol usage... it will also reduce traffic jams in the city centre...

maybe this idea sound pretty ridiculous but trust me it can work... the time saved on commuting will definitely boost up productivity...

Thursday, August 12, 2010

Change at 40

does it really happens?

not immediately but i will have to agree i've changed a lot since i hit this "life begins at..." age... life seems to look a little slower in pace rather than acting hectically during younger years...  i feel calmer... problems seems to bother me less... my passion towards car faded drastically... come to think of it until now i do not have the desire to change my car... i grinned through the Auto Magazines with no lust in my heart... now, isn't that something!!!

i seems to have lost my temper too... i smiled when a yuppie cut Q in front of me rudely... i would have blocked him, gave him the look, honk just to make him angry or worse gave him the magic finger 10 years back... i think it will benefit my heart too... no unnecessary stress...

in many occasions i stayed as the 'lastman' during motobike convoys... i waited patiently during mishaps... broken down bikes... losing their ways around... too many unplanned stops... countless breaks for chats... i breezed through it all without loosing my patients...

the biggest question is... will this character of mine stays until the end or its just an interim period? will i be aquiring the 'younger' me again with amplified magnitude or continue decending and becoming the holliest man alive? i kind of enjoying 'this' character now and slowly steering it into a more 'risk taking' middle age man... i went to the Sepang trackdays just to heighten my adrenelin... pushing myself to go lower while taking steep corners along my routine office ride... that's something i would have done during my younger days and its becoming more and more exciting each day...

Now... did i changed forward or merely spooling in things i wasn't able doing during earlier years? 

Will i change again at 50?

Nafsu Ramadhan

Alhamdulillah hari pertama puasa sempurna bagiku dengan menempa sejarahnya tersendiri...  Petang semalam aku kuatkan semangat dan beritahu isteriku tahun ini kita akan berpuasa secara sederhana...  Kalau ikut kelazimannya memang aku dan isteri akan pergi ke bazar Ramadhan di seksyen 6 Kota Damansara mencari juadah berbuka puasa...  Aku tunjuk samosa 4 keping, dia tunjuk tepung pelita 4 keping... Aku cakap tak cukup tu... tambah jadi 6 pulak... Di gerai lain ternampak pula kuih puteri mandi... Lagi 6 keping...  "bukan selalu jumpa kuih ni..." ayat standard la tu... Air tebu RM4... Buah tembikai...  Lepas tu nampak pulak masak tempoyak Melaka... Kantoi lagi... Padahal di rumah dah siap masak lauk... Nak kata lapar sangat tu taklah jugak... Cuma nafsu mula mengawal diri... Menu bazar keesokannya akan berbeza dengan rojak, cendol, ikan bakar dan macam-macam lagi...

Memang betullah orang kata bulan Ramadhan ni dah jadi pesta makanan...

Adakah konsep kita berpuasa ini sudah jauh menyimpang dari tujuan asal?  Sepatutnya kita insaf dan menyelami keadaan yang dihadapi oleh orang-orang yang kurang bernasib baik dalam kehidupan... Orang-orang yang menhadapi puasa ini saban hari tanpa mengira samada Ramadhan atau tidak... Orang-orang ini tiada waktu berbuka semewah kita...

Kita menyedari apa yang kita lakukan tiap-tiap petang di bazar Ramadhan tetapi malangnya kita memilih untuk mengendahkannya...

Jadi apakah yang boleh dilakukan untuk kita tidak terjebak berbelanja berlebihan di bazar Ramadhan?  Pergi tu memang dah tentu kena pergi sebab untuk membuat juadah tambahan memang memakan belanja dan kerja yang lebih... Takkan kita nak buat 6 keping tepung pelita?

Cara yang agak praktikal untuk dibuat ketika pergi ke bazar Ramadhan ialah dengan membawa wang sebanyak apa yang ingin kita belanjakan... Tinggalkan dompet di rumah atau dalam kereta (pastikan diletakkan di tempat yang selamat... Kalau tidak lain pula jadinya...) Bawa RM10 dan belanjalah dengan kadar tersebut atau cabaran lebih baik kurang dari nilai tersebut...

Aku akan cuba mempraktikkan teknik ini... Tatkala ini isteriku pun belum pasti apa yang nak dimasak buat juadah berbuka puasa... Hanya setelah dia pasti barulah aku tetapkan bajet bazar Ramadhan jika ku lihat perlu...

Hari ini ku azamkan untuk tidak ke bazar Ramadhan...

Aku tahu aku mampu melakukannya!!!

Wednesday, August 11, 2010

ZZRianz di persimpangan dilemma?

Kepok Leko Ride - 31 Julai - 1 Ogos 2010... satu-satunya ride yang menempa banyak sejarah dalam ZZRianz mula berkonvoi beberapa tahun yang lalu... sejarah nyatanya bila julung kali ride golek tayar jam 2.30 pagi dari Restoren Darul Ehsan, seksyen 13 Shah Alam, port rasmi TTS (teh tarik session) ZZRianz.. julung kali juga tiada casualty dalam ride... takda moto down... takda moto yang balik naik lori... ride paling smooth yang pernah aku sertai... sejarah dicatat lagi bila buat pertama kali t-shirt khas ride dapat diedarkan pada malam tersebut... sekalung tahniah buat mereka yang terlibat terutamanya tok wan lengkuas yang menempah baju-baju tersebut... bukan main berlagak ZZRianz dengan t-shirt merah umpama semut merah siam hahahaa...


Perkara penting yang nak dicoretkan di sini adalah semangat persahabatan dan tolak ansur yang tinggi dikalangan ZZRianz... menulis perkara ini bukan untuk 'masuk bakul angkat sendiri' tapi lebih kepada untuk mewarwarkan secara terus agar semangat ini dikekalkan... dengan menulis mengenai nilai murni ini diharapkan agar jika ada sesiapa yang cuba merosakkannya akan berfikir dengan lebih waras lagi sebelum melakukannya... kalau kita nak teliti dan tengok melalui teleskop memang terdapat banyak kelemahan dalam kumpulan ini... tapi kita kena ingat bahawa kumpulan ini terbentuk atas beberapa sebab antaranya ialah atas  'rasa minat yang mendalam' keatas jentera yang dipanggil motosikal... banyak aktiviti yang dijalankan juga adalah bertujuan untuk beriadah dan merehatkan diri dari arus kehidupan yang deras dan komplikated... perlukah kita menjadikan kumpulan ini begitu kompleks?


Dilemma?

Dimana pulak dilemmanya?
ZZRianz... mulanya dari moto reput ZZR250... di awal terbentuknya ZZRianz kesemua ahli menunggang moto reput ini... reput? kalau dah tiap kali ride ada moto yang rosak sampai naik lori tu kira reputlah kan? atas kesedaran itulah rata-rata ZZRianz yang awal menaiktaraf dengan memiliki moto lain yang lebih baik... pada awalnya 'hapgred' ini hanya melibatkan menukar kepada cc yang lebih besar tapi masih berstatuskan moto reput juga... tapi akhir-akhir ini ramai yang telah beralih kepada 'moto koyak plastik'... brand new... masih bau kilang... tahniah kepada rakan-rakan yang terlibat... pada pandangan den inilah yang menyumbang banyak kepada kelancaran Kepok Leko Ride... moto baru takkan rosak? ini juga memberikan kepuasan kepada 'hardcore' riders... moto baru, ride lancar, hati senang, 'pungkoq pun masih gatai'... kepuasan? sudah pastiiii...
Kepok Leko Ride juga menyaksikan cuma 4 buah ZZR250 dalam kelompok... dan satu antaranya dah pun masuk kedalam mudah.com... "tekanan laaaa..." hehehehe... memang la tekanan... dah yang pergi tu semua 400 cc keatas...



Apakah layak lagi kita bergelar ZZRianz?

pada pandangan den bukan nama yang menjadi ukuran... bagi ahli-ahli terawal yang pernah memiliki ZZR250 ini jiwa mereka masih lagi dipenuhi dengan kenangan semasa bersama moto reput ini... lagipun masih ramai yang memiliki ZZR samada 250, 500, 600 dan 1100... den rasa masih ramai yang akan menyimpan ZZR250 termasuk Laverski den yang masih tersadai lepas pulang dari trekday dengan jipjo Februari 2010...

Salam sejahtera

Menulis? Memang dah lama berniat nak mula menulis. Ramai juga yang yakin aku boleh menulis. Cuma bila nak daftar blog macam-macam pula yang mengganggu. Patutkah aku menulis dalam bahasa Melayu atau should I write in English. We'll see as time goes by.  Untuk posting sulung sebagai pembuka gelanggang aku akan menulis dalam bahasa ibundaku yang tercinta ini.  Adakah tulisan-tulisanku menggunakan bahasa baku ataupun bahasa seharian?  Aku rasa yang penting adalah isi blog ni.  Kalau ada antara kalian pejuang bahasa tegar maka aku memohon maaf seawal kelahiran blog. Bukan niat untuk merosakkan bahasa kebangsaan. Banyak betul yang terlintas di fikiran untuk aku kongsi bersama kalian.  Dari kisah zaman kanak-kanak, kisah zaman persekolahan, kisah waktu mula menempuh alam kehidupan selepas tamat pengajian, kisah politik, kisah kejiranan dan kisah alam permotoran.
Bau Lantuong? Dalam bahasa Minang Gombak maksudnya bau yang teramat busuk. Bukanlah nak tulis benda yang 'busuk' sahaja tapi adakalanya yang busuk mengingatkan kita supaya menjadi 'wangi'.  Lagipun perkataan Lantuoang tu kalau disebut dengan betul siap dengan dengungnya memang satu perkataan yang kuat karekternya.
Kata orang tulisan yang seronok dibaca kerapkali diolah dari kisah sebenar yang dilalui oleh penulis.  Tulisan akan terasa 'aliran'nya dan penyampaiannya akan terasa santainya juga.  Aku akan cuba menulis sesantai yang boleh dan sekiranya ada kisah yang melibatkan kalian aku akan cuba meminimakan impaknya.  Tapi kalau terkena juga nasiblah kan hehehe.
anyway, enough said... let's move on... enjoy reading...