Thursday, August 26, 2010

Kontrak Sosial

Akhir-akhir ini semakin ramai yang memperkatakan tentang Kontrak Sosial dan keistimewaan orang-orang Melayu... Semakin ramai terutamanya orang-orang Cina yang lantang bersuara meminta supaya hak-hak tersebut ditarik semula dan kesamarataan diamalkan... Kesamarataan mengikut acuan mereka...

Sebenarnya tidak ada istilah yang tepat yang boleh digunakan dalam konsep ini... Ini kerana pencapaian sesuatu kaum itu sendiri tidak dapat diukur dengan tepat... Secara rambang dapat dilihat bangsa India ramai yang berada di paras bawah tetapi mempunyai golongan 'terlalu kaya'... Maka mereka termasuk dalam kategori 'terlalu miskin - terlalu kaya'... Bangsa Cina pula dilihat berada dalam kategori 'pertengahan - kaya - terlalu kaya' manakala Melayu rata-rata berada dalam kategori 'miskin - pertengahan - kaya'...

Jadi... Bagaimanakah kita hendak mengambil kesimpulan dalam menentukan kekayaan negara dibahagikan secara samarata kepada semua rakyat Malaysia?

Pada pandangan saya bangsa Cina tidak perlu menjadi terlalu ekstrem dalam merebut segala peluang yang ada di negara ini... Mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu tidak akan dapat menyelesaikan sebarang masalah kerana bangsa Cina bebas menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan yang sah di negara ini... Tidak terdapat sebarang sekatan dalam hal tersebut... Yang ada cuma terdapat 30% peratus dari kontrak kerajaan yang diperuntukkan kepada bangsa Melayu... Selebihnya 70% lagi masih boleh mereka rebut dan dengan sistem kapitalis yang mereka amalkan setakat ini merekalah yang mendapat manfaat darinya...

Berbalik kepada kontrak sosial yang semakin dipertikaikan oleh bangsa Cina dan India ianya amatlah membahayakan terutamanya dari segi kestabilan politik di negara ini... Kontrak Sosial tersebut telah dipersetujui oleh generasi terdahulu kerana mereka melihat dan mengalami inilah satu-satunya cara untuk mengekalkan keharmonian di Malaysia... Asasnya kewarganegaraan diberikan kepada bangsa Cina dan India dengan syarat orang-orang Melayu diberikan hak-hak keistimewaan kerana membenarkan mereka terus tinggal di Tanah Melayu ini...

Kontrak telah dimateri dan dipersetujui... Umpama sistem jualbeli atau sistem barter sekalipun, setiap yang bertukar tangan ada imbuhannya... Anda dapat itu, kami dapat ini... Anda dapat kewarganegaraan, kami dapat keistimewaan... Fair and square...

Tapi sekiranya bangsa Cina dan India masih tidak berpuashati dengan Kontrak Sosial ini maka saya cadangkan kita kembali semula ke meja perundingan... Serahkan semula KEWARGANEGARAAN dan berbincanglah semula untuk syarat-syarat dan terma-terma yang baru... Mungkin pada waktu itu mereka akan lebih menghargai kewarganegaraan yang diberikan untuk terus tinggal di bumi Malaysia yang bertuah ini...

Adalah dicadangkan juga semua kelahiran baru bangsa Cina dan India ini diberikan taraf Permastautin Tetap sahaja sehingga mereka mencecah umur 18 tahun... Hanya mereka yang bersetuju dan menandatangani Kontrak Sosial diberikan kewarganegaraan Malaysia... Yang mempertikaikannya sentiasa dibenarkan untuk 'pulang' semula ke Tanah Besar Cina atau Benua Kecil India...

Haaa... Bukankah itu cara yang lebih mudah?

No comments:

Post a Comment