Tuesday, July 9, 2013

Pemimpin lemah

Dalam survival makhluk di bumi, dominan yg lemah akan menghasilkan baka yang lemah seterusnya menyebabkan spesis tersebut pupus...




Dalam satu2 organisasi, pemimpin yang lemah akan menyebabkan organisasi tersebut tersungkur... Kelemahan Pak Lah telah menurunkan kadar sokongan rakyat dan trend ini sedang diikuti dengan jelas oleh DS Najib... 

Pendominasi yang kuat dalam apa jua spesis di bumi ini perlu berhadapan dengan cabaran dan pertarungan untuk menjadi ketua sesuatu kumpulan... Yang semakin lemah perlu berundur atau pun diturunkan...

Kita ahli akarumbi UMNO berhak memilih dan mendapatkan pemimpin yang bijak dan berani...

Berundur atau berkubur.

Monday, June 24, 2013

Politik hanceng

Hari ini 24 Jun 2013 ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya akan mengangkat sumpah di Parlimen... Gay Tua yang menyalak2 akan memboikot majlis angkat sumpah sudah pasti menjadi orang pertama dikalangan pembangkang yang akan mendahului gerombolannya, tanpa sekelumit harga diri dan malu kepada penyokong sendiri khasnya dan rakyat Malaysia amnya... Penipuan SPR yang diwar-warkan secara sendirinya terbatal dengan majlis angkat sumpah ini... Terdahulu, dalam hiruk pikuk dakwaan penipuan SPR, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor yang dikuasai oleh pembangkang dengan segera menerima keputusan dan memerintah seawal mungkin... Rupa-rupanya penipuan hanya berlaku jika mereka kalah tetapi SPR cukup telus dan tepat di kawasan kemenangan mereka.


Amat pelik melihat kaum Melayu yang bermati-matian menyokong pemimpin yang cukup suka berbohong dan menipu demi nafsunya yang ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia... Dalam usia 67 tahun menyapa 72 tahun untuk PRU akan datang masa sudah tidak menyebelahi Ketua Umum diktator lantikan sendiri ini... Menuding kepada SPR mengatakan pilihanraya penuh dengan penipuan namun gagal menunjukkan mereka akan bertindak lebih baik jika kita bersandarkan kepada tatacara pemilihan PKR yang penuh keganasan dan penipuan terutamanya pada jawatan Timbalan Presiden dan Ketua AMK serta silap kira pemilihan CEC yang cuma dihadiri oleh kurang 2 ribu perwakilan berbanding jutaan pengundi yang diuruskan oleh SPR...  Apa jaminan pembangkang yang mereka mampu melakukannya lebih baik jika rumah sendiri pun gagal diuruskan dengan sempurna?


Yang lebih menghairankan ialah bagaimana PAS sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam masih menjulang seorang Ketua Umum yang terbukti mempunyai moral yang amat buruk, terang-terangan menipu dan begitu jelas bijak memutarbelitkan kenyataan... Jika rasuah yang menjadi isu utama maka beliau merupakan memimpin terakhir yang patut diangkat kerana menjadi pencetus aktiviti rasuah yang berlaku dengan meluas ketika berada dalam UMNO dan memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri... Siapa yang memulakan rasuah politik dan siapa yang menjadi jaguh pink form serta kontrak secara rundingterus?


Generasi baru memang dengan mudah percaya kepada bakat menipu yang tiada tolok bandingnya ini... Golongan lain yang masih menjadi tonggak perjuangan songsang ini adalah orang-orang yang kecewa, tidak mendapat tempat dalam UMNO dan gagal mendapat habuan seperti yang dikehendaki...  Penipuan yang disulami dengan sentimen kemarahan juga menjadi senjata ampuh untuk beliau mempengaruhi rakyat...

Kebenaran walau pun pahit akan akhirnya terserlah dan menjadi pemenang mutlak... Memang ada segelintir pemimpin UMNO yang bertindak diluar batasan namun sekiranya ada bukti yang kukuh mereka akan dihukum tanpa mengira berapa tinggi pangkat dan kedudukan dalam parti... Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah...

Sokonglah yang terbaik, sekiranya tiada maka sokonglah yang lebih baik antara keduanya... Dalam konteks politik di Malaysia Ketua Umum yang sentiasa menipu ternyata bukanlah satu pilihan pun... Beliau cuma layak duduk di lorong Hj Taib, membuka beg yang dipenuhi dengan ubat kuat dan melalak dengan sepuas-puasnya tanpa perlu mempertaruhkan masa depan generasi dan negara tercinta.

Friday, January 25, 2013

Siap siaga

Pilihanraya umum ke 13 semakin menghampiri kita... Adakah kita semua benar-benar bersedia... Bersedia dari segi mental dan fizikal... Bersedia menerima keputusan yang bakal diumumkan... Yang paling penting ialah akibat dari pilihan kita sendiri samada ianya berdasarkan akal yang matang atau berdasarkan perasaan semata-mata...

Apapun keputusan nanti ianya bakal membawa implikasinya tersendiri... Kekal dengan keadaan yang kita semua sudah tahu atau pun memasuki satu 'zaman' baru yang belum tentu arah tujunya...

Bertukar tidak semestinya menjadi lebih baik... Selangor, Pulau Pinang dan Kedah merupakan satu rujukan penting yang perlu diperhalusi sekiranya perubahan benar-benar diperlukan ke arah Pakatan Rakyat...  Adakah negeri-negeri tersebut menghasilkan manfaat yang lebih baik kepada rakyat, kekal sama seperti pemerintahan kerajaan sebelumnya atau menjadi lebih teruk?

Anda tidak akan membaca jawapannya di sini kerana pastinya anda mempunyai jawapan tersendiri... Setiap dari kita mempunyai pandangan masing-masing... Tepuk dada tanya selera... Setiap pilihan ada akibatnya...


Friday, November 2, 2012

Transformasi Politik

Berapa ramai pemimpin di atas tu yang benar-benar faham dengan konsep yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri ni?  Pernahkah mereka melihat sendiri kedudukan dan hasil kerja mereka dari kacamata akarumbi?  Apa yang teramat jelas sekarang sebahagian besar atau tidak keterlaluan boleh dikatakan hampir kesemua pimpinan tertinggi negara tidak dapat menyelami hasrat dan perubahan yang benar-benar ditagih oleh rakyat...

Aku berkesempatan berbual dengan Ketua Pengarah sebuah agensi kerajaan baru-baru ini.  Beliau merupakan seorang yang aku lihat bekerja kuat untuk membantu YAB PM dalam merealisasikan wawasan-wawasan beliau.  Tetapi seperti juga aku yang hampir tidak boleh mengawal mulutku sendiri dalam berhadapan dengan isu-isu berkaitan, beliau juga menghadapi masalah 'tidak dialu-alukan untuk memberi pendapat' kerana pendapatnya sering membuatkan orang lain tidak selesa dengan ungkapan "berkata benar walaupun pahit".

Apa yang aku lihat ramai yang hanya berminat untuk turun ke bahagian-bahagian untuk mempalitkan diri dengan 'masalah politik' setempat.  Berapa ramai pimpinan atasan ini yang cuba turun ke kawasan selain tempat mereka sendiri untuk membantu rakyat?  Turun tanpa paluan kompang dan duduk di atas pentas.  Jika merasakan mereka tidak mampu membantu menyelami masalah rakyat di tempat tersebut, sekurang2nya mereka perlu melihat dan mendekati pemimpin-pemimpin kecil di tempat tersebut.  Turunlah bertanyakan "apa masalah kawasan anda?" "ada apa-apa yg boleh dibantu?" "ini senarai program/skim bantuan dari kementerian yg saya wakili yg boleh disalurkan ke kawasan anda".  Ada pemimpin atasan yang meluangkan masa menyelami masalah pemimpin-pemimpin kecil di tempat selain dari kawasan mereka?  Ingat, mereka berada di atas kerana diletakkan di sana oleh yang di bawah, bukan untuk menjadi patung peragaan atau bahan hiasan.  Kalau perkara asas sebegini tidak dapat difahami maka anda tidak layak untuk menjadi pemimpin besar seperti sekarang.  Akhirnya persepsi rakyat ialah "duduk di situ untuk penuhkan poket anda dan kroni-kroni".

Di bawah kami sedang melihat satu fenomena yang amat berlainan dari apa yg pemimpin atasan lihat.  Mereka hanya membuat andaian dan hipotesis berdasarkan laporan-laporan samada dari agensi-agensi atau tukang-tukang karut/kaki kipas yang mereka pasang sekeliling mereka untuk menjaga kepentingan diri mereka sendiri.  Berapa ramai SUPOL, SUS atau Pegawai-pegawai Khas yang benar-benar melaporkan senario sebenar?  Berapa ramai yang melontarkan idea-idea untuk membantu rakyat dan pimpinan bawahan?  Berapa ramai yang mahu merealisasikan wawasan Transformasi YAB PM?

Yang pasti dan nampak terlalu jelas sekarang ini ialah keghairahan mereka 'pasang badan' untuk menjadi calon PRU 13 dan seterusnya melobi utntuk jawatan-jawatan penting.  Perkara ini sedang hangat dicemuh oleh rakyat di bawah.  Ramai yang tidak dapat menyelami tugas dan fungsi sebenar mereka berada di sekeliling pemimpin atasan.



Aku bersama pemimpin kecil kawasanku membantu rakyat mempertahankan bumbung tempat mereka dan keluarga mereka berteduh semalam, 1 Nov 2012.  Sehingga hari ini setelah 24 jam berlalu tiada seorang pun pemimpin atasan yang bertanyakan atau tampil untuk menghulurkan bantuan mereka.  Kami yang di bawah seperti biasa dibiarkan berjuang dengan kudrat empat kerat untuk berhadapan dengan pembangkang.  Memenangi medan-medan pertempuran kecil ini akan membawa kepada kejayaan menguasai peperangan.  Yang bergelumang dengan kelodak ialah sojar-sojar kecil manakala yang akan berpesta dengan kemenangan adalah mereka yang berpangkat jeneral.

Laugh while you all still can because it might be your last laugh.

Monday, May 14, 2012

ABMU vs ABU

Ramai yang terpaku di depan tv malam tadi... Terpaku semata-mata untuk mengetahui keputusan-keputusan EPL... Aku juga tidak tekecuali ingin mengetahui samada Spurs berjaya memintas Arsenal atau tidak... Namun Arsenal juga memenangi perlawanan mereka dan kekal di tempat ketiga... Tahniah Arsenal... Sebagai peminat Spurs (bukan penyokong tegar sebab aku tak minat bolasepak) aku rasa mereka berada dalam kedudukan yang baik untuk lebih maju dalam musim hadapan.

Bukan Spurs yang menjadi topik entry kali ini tapi Manchester United... Uniknya pasukan ini ialah ianya mempunyai kekuatan yang menakjubkan samada dari pengurusan atasan, pemain dan peminat di seluruh dunia... Di Malaysia peminat MU ini boleh dikategorikan sebagai fanatik sehinggakan PM sendiri juga adalah salah seorang dari peminat mereka...

Apa yang menarik ialah munculnya satu kolaborasi dari peminat-peminat pasukan EPL yang lain dalam membentuk ABMU... Ya, hampir sama dengan ABU - Asal Bukan UMNO, Asal Bukan Manchester United ini mempunyai sentimen yang ingin menyaksikan MU kalah dalam setiap perlawanan walau pun tidak melawan pasukan mereka... Apa yang menyebabkan fenomena ini semakin kuat?

Hanya ada satu jawapan mudah.. SIKAP PEMINAT MU ITU SENDIRI... Rata-rata ramai peminat MU yang terlalu fanatik sering bersifat angkuh, suka menghina dan memperlekehkan pasukan lain serta tidak peka dengan perasaan sahabat-sahabat di sekeliling mereka... Mereka mengamalkan sikap 'pasukan MU terlalu kuat maka mereka tidak mungkin kalah'... Malam tadi MU memenangi perlawanan terakhir mereka dalam liga musim ini namun Mackie menang lebih bergaya dengan 2 gol di masa tambahan untuk merangkul piala liga EPL...

Dan... hampir kesemua peminat pasukan lain meraikan kejayaan Mackie hasil dari persetujuan bersama... Asal Bukan Manchester United!!!

Apa kaitannya dengan ABU?

UMNO juga adalah sebuah parti politik yang kukuh bermula dari Presiden yang berkemampuan tinggi untuk mengemudi kejayaan negara dan parti, barisan 'pemain' parti yang mempunyai skil tinggi untuk berkhidmat untuk rakyat dan penyokong-penyokong tersendiri... Yang membuatkan BN kurang berjaya (bukan kalah) dalam PRU 12 yang lepas ialah sikap segelintir pemimpin UMNO yang angkuh, mementingkan diri dan kelompok sendiri sehingga sanggup mengkhianati parti, tidak peka kepada masalah rakyat serta tidak jujur dalam perjuangan.

Rakyat mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU yang lepas bukan kerana mereka yakin akan kebolehan mereka memberikan perkhidmatan dan memimpin negara, tetapi lebih kepada mahu menyampaikan mesej agar UMNO dan Barisan Nasional berubah dan terus membela mereka... Alhamdulillah dengan kepimpinan baru selepas berlakunya 'Tsunami Politik' tersebut Dato' Sri Najib telah berjaya membuat Transformasi dalam banyak aspek dan telah mula membuahkan hasil... Apa yang penting ialah UMNO sebagai sebuah pasukan menjadi lebih peka kepada kehendak rakyat dan meraih semula sokongan mereka...

Bagi EPL pula, tanpa MU, EPL itu sendiri akan kurang gah dan kehebatannya... Sebagai satu pasukan yang mantap MU diperlukan bagi meninggikan lagi mutu permainan bolasepak...  Cuma peminat-peminat fanatiknya perlu mengubah sikap supaya ABMU tidak menjadi keterlaluan...

Selain aku yang meminati Spurs, isteriku Chelsea, Boy dengan Arsenalnya, dua lagi anak-anakku adalah peminat MU... Kejayaan MC menafikan piala EPL untuk MU walaupun membuatkan aku tersenyum namun jauh di sudut hati aku kesian melihat anak perempuanku yang begitu bersedih dengan kegagalan MU kali ini...

"Better luck next year, Kakngah..."

Tuesday, February 21, 2012

Orang muda

Ramai berpendapat bahawa dalam PRU ke 12 Barisan Nasional tidak mendapat sokongan dari golongan muda....  Rata-rata ramai juga menuding jari kepada 2 sayap orang muda dalam BN iaitu Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri.... Tetapi pernahkah kita terfikir bahawa kesemua ini juga berkaitrapat dengan polisi tidak rasmi BN sendiri iaitu tidak memberi ruang untuk orang-orang muda...

Cuba kita imbas kembali bagaimana akta berkenaan belia terpaksa dipinda bagi menghadkan jawatan utama dalam pertubuhan belia dipegang oleh pemimpin yang berusia di bawah 40 tahun... Disitu sahaja kita telah nampak tanda-tanda awal penolakan golongan muda terhadap BN... Hampir kesemua pertubuhan belia dipimpin dan didominasi oleh pemimpin2 yang jauh melebihi umur 'orang muda' dan begitu liat untuk memberi laluan... Memang benar mereka mempunyai pengalaman yang luas tetapi corak pemikiran dan citarasa telah jauh berubah...

Ada bidalan yang mengatakan "hanya jauhari yang mengenal manikam"...  Maka sudah pastilah cuma orang-orang muda yang tahu akan citarasa dan kehendak mereka...  Mana mungkin seorang yang berumur 60 tahun memahami naluri generasi baru yang ghairah bermain futsal pada waktu tengah malam kerana pada zaman dia muda permainan futsal pun belum tercipta lagi....  Harus ditegaskan di sini bahawa MEMAHAMI dan MENGALAMI adalah dua perkara yang berbeza... Mana mungkin seorang lelaki berkata "saya memahami kesakitan yang kamu rasai" kepada seorang wanita yang sedang melahirkan anak!

Kemanakah haluan kepimpinan yang ada sekarang?  Kalau kita lihat dalam barisan kabinet kerajaan pusat sekarang berapa ramai Menteri dan Timbalan Menteri dari golongan muda?  Malah Menteri yang jaga BELIA juga bukan dari golongan muda...  Masih lagi mereka yang PERNAH MELALUI zaman muda (beberapa dekad yang lalu) dan bukannya mereka yang benar-benar ORANG MUDA...

Doktrin yang ditanam dalam pemikiran pemimpin-pemimpin UMNO adalah "kau tu baru dan muda lagi... jangan nak naik cepat sangat... "   Sebab itulah golongan muda beralih arah mencari ruang dan peluang untuk memberikan sumbangan...  Cara yang terbaik kepada mereka ialah dengan menyertai pembangkang yang jelas memberikan ruang kepada golongan muda menyalurkan pengaruh dan kebolehan mereka...  Lihat sahaja ADUN Batu Caves yang bertanding dan menang ketika beliau berusia 28 tahun.... Ramai lagi yang telah mendapat ruang seperti Nik Nazmi, Yusmadi, Rafizi dan sudah pastinya Nurul Izzah yang serta merta diangkat sebagai IKON golongan muda....

Melangkah jauh sedikit ke luar negara maka kita akan melihat bagaimana pemimpin-pemimpin muda menjadi Presiden dan Perdana Menteri negara masing-masing...  Terbaru di utara tanahair kita lihat seorang wanita muda yang dilahirkan pada 1967 diangkat menjadi PM Thailand... Dmitry Medvedev diangkat menjadi Presiden Russia pada umur 43 tahun...

Perubahan dan Transformasi memerlukan anjakan paradigma dan 'corak pemikiran diluar kotak'...  Untuk maju kehadapan dan terus menerajui zaman memerlukan idea-idea baru dan keberanian mengambil risiko... Dalam perniagaan "risiko tinggi pulangan lumayan"...  Dalam sukan setiap permainan memerlukan skil yang berbeza....

Perlukah konsep seseorang mencecah umur setengah abad baru diberikan ruang untuk menjadi pemimpin?  Perlukah beliau 'direndam dan diwarnakan' dengan budaya politik lama UMNO baru diberikan ruang?

Kalau itulah pegangan dan kepercayaan pemimpin dan ahli-ahli UMNO maka bersedialah kita untuk melepaskan Putrajaya kepada pembangkang khususnya PKR yang dilihat lebih terbuka dalam memberikan ruang dan peluang kepada golongan muda untuk bersama-sama mengemudi negara.

Monday, January 23, 2012

Faith

Do you believe in destiny?  That everything has been placed accordingly... Every event is a path for water to flow towards the sea...

I strongly believe everything happens for a reason... But we must try to do our best as far as we can... Giving up is not in the option list... Try and explore all options...

Sometimes when we thought the hope is gone, miracles happen...

I'm waiting desperately for one now... For me to go forward...

To my little princess, papa love you and keep on praying... Allah will bless you always...