Sunday, June 12, 2011

Hipocracy? Me unlikely...

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan saya makan,
Jadi hipokrit saya tak mahu...

Malam tadi saya hampir muntah mendengar satu ucapan yang menyatakan beliau mempunyai sedikit integriti untuk bercakap mengenai politik Gombak...  Integriti?  Fahamkah apa maksud perkataan ini?  Atau main cakap sahaja supaya kelihatan educated?  Sorry naik lori brader, u actually lost your integriti long long time ago...

Apabila seorang penipu dan pengkhianat diberikan ruang untuk berucap mengenai integriti dan perjuangan maka HANCURLAH sebuah KEPERCAYAAN...  

Apabila seorang yang menggerakkan bantahan dan memorandum yang menyebaban perpecahan atas kepentingan diri dan puaknya, kemudiannya bercakap seolah-olah beliau menjadi agen perpaduan maka HILANGLAH sebuah HARAPAN...

Berapa ramai lagi yang masih duduk dalam parti keramat ini dan yakin bahawa masih ada ruang untuk kejujuran dan ketelusan perjuangan?  Berapa ramai lagi yang masih percaya bahawa ada pemimpin yang akan  membawa PERUBAHAN yang sering dilaung-laungkan?  Berapa ramai lagi yang masih mempunyai harapan agar segala bentuk politiking mual ini akan ditolak habis-habisan?  Malam ini saya yakin sekurang-kurangnya ada SATU orang yang hilang keyakinan, hilang kepercayaan dan musnah harapan untuk melihat PERUBAHAN tersebut akan berlaku khususnya di Gombak...

Nampaknya politik "matlamat menghalalkan cara" masih menjadi pilihan mudah untuk "maju' kehadapan... Dan keyakinan yang dibina bahawa rakyat dan pengikut akan memilih perjuangan sebenar hanya sebuah "mirage' di padang pasir...

For me tonight I'm done... Should I waste more time with all this bullshit?  I don't think so...

No comments:

Post a Comment