Monday, May 14, 2012

ABMU vs ABU

Ramai yang terpaku di depan tv malam tadi... Terpaku semata-mata untuk mengetahui keputusan-keputusan EPL... Aku juga tidak tekecuali ingin mengetahui samada Spurs berjaya memintas Arsenal atau tidak... Namun Arsenal juga memenangi perlawanan mereka dan kekal di tempat ketiga... Tahniah Arsenal... Sebagai peminat Spurs (bukan penyokong tegar sebab aku tak minat bolasepak) aku rasa mereka berada dalam kedudukan yang baik untuk lebih maju dalam musim hadapan.

Bukan Spurs yang menjadi topik entry kali ini tapi Manchester United... Uniknya pasukan ini ialah ianya mempunyai kekuatan yang menakjubkan samada dari pengurusan atasan, pemain dan peminat di seluruh dunia... Di Malaysia peminat MU ini boleh dikategorikan sebagai fanatik sehinggakan PM sendiri juga adalah salah seorang dari peminat mereka...

Apa yang menarik ialah munculnya satu kolaborasi dari peminat-peminat pasukan EPL yang lain dalam membentuk ABMU... Ya, hampir sama dengan ABU - Asal Bukan UMNO, Asal Bukan Manchester United ini mempunyai sentimen yang ingin menyaksikan MU kalah dalam setiap perlawanan walau pun tidak melawan pasukan mereka... Apa yang menyebabkan fenomena ini semakin kuat?

Hanya ada satu jawapan mudah.. SIKAP PEMINAT MU ITU SENDIRI... Rata-rata ramai peminat MU yang terlalu fanatik sering bersifat angkuh, suka menghina dan memperlekehkan pasukan lain serta tidak peka dengan perasaan sahabat-sahabat di sekeliling mereka... Mereka mengamalkan sikap 'pasukan MU terlalu kuat maka mereka tidak mungkin kalah'... Malam tadi MU memenangi perlawanan terakhir mereka dalam liga musim ini namun Mackie menang lebih bergaya dengan 2 gol di masa tambahan untuk merangkul piala liga EPL...

Dan... hampir kesemua peminat pasukan lain meraikan kejayaan Mackie hasil dari persetujuan bersama... Asal Bukan Manchester United!!!

Apa kaitannya dengan ABU?

UMNO juga adalah sebuah parti politik yang kukuh bermula dari Presiden yang berkemampuan tinggi untuk mengemudi kejayaan negara dan parti, barisan 'pemain' parti yang mempunyai skil tinggi untuk berkhidmat untuk rakyat dan penyokong-penyokong tersendiri... Yang membuatkan BN kurang berjaya (bukan kalah) dalam PRU 12 yang lepas ialah sikap segelintir pemimpin UMNO yang angkuh, mementingkan diri dan kelompok sendiri sehingga sanggup mengkhianati parti, tidak peka kepada masalah rakyat serta tidak jujur dalam perjuangan.

Rakyat mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU yang lepas bukan kerana mereka yakin akan kebolehan mereka memberikan perkhidmatan dan memimpin negara, tetapi lebih kepada mahu menyampaikan mesej agar UMNO dan Barisan Nasional berubah dan terus membela mereka... Alhamdulillah dengan kepimpinan baru selepas berlakunya 'Tsunami Politik' tersebut Dato' Sri Najib telah berjaya membuat Transformasi dalam banyak aspek dan telah mula membuahkan hasil... Apa yang penting ialah UMNO sebagai sebuah pasukan menjadi lebih peka kepada kehendak rakyat dan meraih semula sokongan mereka...

Bagi EPL pula, tanpa MU, EPL itu sendiri akan kurang gah dan kehebatannya... Sebagai satu pasukan yang mantap MU diperlukan bagi meninggikan lagi mutu permainan bolasepak...  Cuma peminat-peminat fanatiknya perlu mengubah sikap supaya ABMU tidak menjadi keterlaluan...

Selain aku yang meminati Spurs, isteriku Chelsea, Boy dengan Arsenalnya, dua lagi anak-anakku adalah peminat MU... Kejayaan MC menafikan piala EPL untuk MU walaupun membuatkan aku tersenyum namun jauh di sudut hati aku kesian melihat anak perempuanku yang begitu bersedih dengan kegagalan MU kali ini...

"Better luck next year, Kakngah..."

No comments:

Post a Comment