Tuesday, February 21, 2012

Orang muda

Ramai berpendapat bahawa dalam PRU ke 12 Barisan Nasional tidak mendapat sokongan dari golongan muda....  Rata-rata ramai juga menuding jari kepada 2 sayap orang muda dalam BN iaitu Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri.... Tetapi pernahkah kita terfikir bahawa kesemua ini juga berkaitrapat dengan polisi tidak rasmi BN sendiri iaitu tidak memberi ruang untuk orang-orang muda...

Cuba kita imbas kembali bagaimana akta berkenaan belia terpaksa dipinda bagi menghadkan jawatan utama dalam pertubuhan belia dipegang oleh pemimpin yang berusia di bawah 40 tahun... Disitu sahaja kita telah nampak tanda-tanda awal penolakan golongan muda terhadap BN... Hampir kesemua pertubuhan belia dipimpin dan didominasi oleh pemimpin2 yang jauh melebihi umur 'orang muda' dan begitu liat untuk memberi laluan... Memang benar mereka mempunyai pengalaman yang luas tetapi corak pemikiran dan citarasa telah jauh berubah...

Ada bidalan yang mengatakan "hanya jauhari yang mengenal manikam"...  Maka sudah pastilah cuma orang-orang muda yang tahu akan citarasa dan kehendak mereka...  Mana mungkin seorang yang berumur 60 tahun memahami naluri generasi baru yang ghairah bermain futsal pada waktu tengah malam kerana pada zaman dia muda permainan futsal pun belum tercipta lagi....  Harus ditegaskan di sini bahawa MEMAHAMI dan MENGALAMI adalah dua perkara yang berbeza... Mana mungkin seorang lelaki berkata "saya memahami kesakitan yang kamu rasai" kepada seorang wanita yang sedang melahirkan anak!

Kemanakah haluan kepimpinan yang ada sekarang?  Kalau kita lihat dalam barisan kabinet kerajaan pusat sekarang berapa ramai Menteri dan Timbalan Menteri dari golongan muda?  Malah Menteri yang jaga BELIA juga bukan dari golongan muda...  Masih lagi mereka yang PERNAH MELALUI zaman muda (beberapa dekad yang lalu) dan bukannya mereka yang benar-benar ORANG MUDA...

Doktrin yang ditanam dalam pemikiran pemimpin-pemimpin UMNO adalah "kau tu baru dan muda lagi... jangan nak naik cepat sangat... "   Sebab itulah golongan muda beralih arah mencari ruang dan peluang untuk memberikan sumbangan...  Cara yang terbaik kepada mereka ialah dengan menyertai pembangkang yang jelas memberikan ruang kepada golongan muda menyalurkan pengaruh dan kebolehan mereka...  Lihat sahaja ADUN Batu Caves yang bertanding dan menang ketika beliau berusia 28 tahun.... Ramai lagi yang telah mendapat ruang seperti Nik Nazmi, Yusmadi, Rafizi dan sudah pastinya Nurul Izzah yang serta merta diangkat sebagai IKON golongan muda....

Melangkah jauh sedikit ke luar negara maka kita akan melihat bagaimana pemimpin-pemimpin muda menjadi Presiden dan Perdana Menteri negara masing-masing...  Terbaru di utara tanahair kita lihat seorang wanita muda yang dilahirkan pada 1967 diangkat menjadi PM Thailand... Dmitry Medvedev diangkat menjadi Presiden Russia pada umur 43 tahun...

Perubahan dan Transformasi memerlukan anjakan paradigma dan 'corak pemikiran diluar kotak'...  Untuk maju kehadapan dan terus menerajui zaman memerlukan idea-idea baru dan keberanian mengambil risiko... Dalam perniagaan "risiko tinggi pulangan lumayan"...  Dalam sukan setiap permainan memerlukan skil yang berbeza....

Perlukah konsep seseorang mencecah umur setengah abad baru diberikan ruang untuk menjadi pemimpin?  Perlukah beliau 'direndam dan diwarnakan' dengan budaya politik lama UMNO baru diberikan ruang?

Kalau itulah pegangan dan kepercayaan pemimpin dan ahli-ahli UMNO maka bersedialah kita untuk melepaskan Putrajaya kepada pembangkang khususnya PKR yang dilihat lebih terbuka dalam memberikan ruang dan peluang kepada golongan muda untuk bersama-sama mengemudi negara.

No comments:

Post a Comment