Menulis? Memang dah lama berniat nak mula menulis. Ramai juga yang yakin aku boleh menulis. Cuma bila nak daftar blog macam-macam pula yang mengganggu. Patutkah aku menulis dalam bahasa Melayu atau should I write in English. We'll see as time goes by. Untuk posting sulung sebagai pembuka gelanggang aku akan menulis dalam bahasa ibundaku yang tercinta ini. Adakah tulisan-tulisanku menggunakan bahasa baku ataupun bahasa seharian? Aku rasa yang penting adalah isi blog ni. Kalau ada antara kalian pejuang bahasa tegar maka aku memohon maaf seawal kelahiran blog. Bukan niat untuk merosakkan bahasa kebangsaan. Banyak betul yang terlintas di fikiran untuk aku kongsi bersama kalian. Dari kisah zaman kanak-kanak, kisah zaman persekolahan, kisah waktu mula menempuh alam kehidupan selepas tamat pengajian, kisah politik, kisah kejiranan dan kisah alam permotoran.
Bau Lantuong? Dalam bahasa Minang Gombak maksudnya bau yang teramat busuk. Bukanlah nak tulis benda yang 'busuk' sahaja tapi adakalanya yang busuk mengingatkan kita supaya menjadi 'wangi'. Lagipun perkataan Lantuoang tu kalau disebut dengan betul siap dengan dengungnya memang satu perkataan yang kuat karekternya.
Kata orang tulisan yang seronok dibaca kerapkali diolah dari kisah sebenar yang dilalui oleh penulis. Tulisan akan terasa 'aliran'nya dan penyampaiannya akan terasa santainya juga. Aku akan cuba menulis sesantai yang boleh dan sekiranya ada kisah yang melibatkan kalian aku akan cuba meminimakan impaknya. Tapi kalau terkena juga nasiblah kan hehehe.
anyway, enough said... let's move on... enjoy reading...
No comments:
Post a Comment