Sunday, August 15, 2010

Ekuiti Bumiputera

CSL mengaruk lagi... dalam usaha untuk menarik kembali sokongan kepada MCA, CSL menggunakan nada seirama dengan DAP... melawan api menggunakan api... malangnya api tersebut dihalakan kepada bangsa Melayu yang menjadi ketuanan kepada bumi bertuah ini... kalau dilihat dengan pandangan kasar kini DAP, PKR dan MCA membentuk satu 'pasukan' tidak rasmi cuba menghapuskan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu...

Aku bersetuju dengan saranan mengubah ekuiti pemilikan Bumiputera ini... berbeza dengan CSL, aku mencadangkan agar ekuiti ini disandarkan kepada jumlah penduduk mengikut ras di negara ini... Kaum Melayu secara kasarnya tidak patut mendapat pegangan ekuiti 30% tetapi 60% diikuti oleh bangsa Cina 30%, bangsa India 7% dan lain-lain 3%...

Bukankah itu lebih adil dan saksama?  Mendesak agar bangsa Cina dibenarkan mengaut kesemua ekuiti mengikut kemampuan adalah saranan dari pemikiran yang cetek... kalau dibenarkan sudah tentulah mereka akan mampu mengaut kesemuanya... Mereka berniaga tanpa kekangan nafsu dan peraturan agama... isu bertolak ansur, tolong menolong dan samarata tidak wujud langsung dalam bangsa mereka...

Dalam buku "The Malay Dilemma" tulisan Tun Dr Mahathir jelas sekali dinyatakan bagaimana bangsa ini mempunyai budaya yang jauh lebih ekstrim dari bangsa Melayu... Mana mungkin bangsa Melayu yang baru sahaja mula mengenali alam perniagaan moden bersaing dengan satu bangsa yang jauh lebih lama berdagang ke seluruh palusuk dunia... satu-satunya kaum racist yang mendirikan "China Town" hampir di seluruh pelusuk dunia... satu bangsa yang begitu kuat mementingkan bangsa sendiri hatta dalam urusan kehidupan harian sekali pun... Umpama menyuruh budak sekolah rendah melawan pasukan bolasepak professional... Kita semua tahu apa keputusan perlawanan itu nanti...

CSL sering menggunakan beberapa tokoh Melayu yang baru sahaja memasuki carta senarai orang-orang terkaya di Malaysia... bagaimana dengan lapisan di bawahnya... lapisan di bawah lagi... dan seterusnya kepada lapisan masyarakat umum... Bangsa Melayu masih jauh ketinggalan...

Inilah musibahnya apabila bangsa Melayu menunjukkan perpecahan mereka secara terang-terangan... Aku merujuk secara khusus kepada parti politik UMNO dan PAS... PKR pula bukan parti politik berasaskan bangsa Melayu yang begitu kabur arah perjuangannya...

Apabila segala ruang untuk menyatukan bangsa Melayu dipertontonkan sebagai "tidak mungkin boleh berlaku" berterusan selama beberapa tahun membuatkan bangsa Cina melihat ruang untuk mereka mendesak terbuka dengan begitu meluas... Mereka tidak mempunyai asas bertolak ansur yang ditanamkan begitu kuat kepada bangsa Melayu melalui ajaran Islam... Pendidikan Islam juga menekankan banyak kepada kesederhanaan dalam hidup... Dengan memahami corak pemikiran dan pegangan Islam yang kuat dalam bangsa Melayu mereka yakin akan dapat membolot segala jenis peluang dalam pegangan ekuiti jika desakan ini diberikan perhatian oleh kerajaan...

Aku rasa dalam hal ini bangsa Melayu mesti berfikiran rasional dan matang... lihat dengan waras pilihan yang ada dalam memperjuangkan hak-hak dan kepentingan bangsa Melayu... Mengundi dalam pilihanraya dan menjalani hidup seharian adalah dua perkara yang berbeza... Menjalani kehidupan seharian umpama air mengalir yang menghakis tepian secara perlahan manakala mengundi 5 tahun sekali umpama air bah yang menghempas tebing dengan kuat...

Orang Melayu memang cukup sinonim dengan "menang sorak kampung tergadai"...  Pentingnya melepaskan geram pada hari ini tanpa menghiraukan nasib generasi akan datang...

31 Ogos ini Malaysia akan menyambut kemerdekaan ke 53 tahun... Sepanjang tempoh itu kepentingan Melayu dan Islam terpelihara dengan baik walau pun Melayu masih gagal mencapai sasaran 30% ekuiti... 2008 memperlihatkan bagaimana Melayu cuba memperjudikan nasib kaumnya sendiri... Rasa-rasanya adakah pertaruhan itu membuahkan hasil yang lebih baik dari yang sebelumnya...

Tepuk dada tanya selera... Untungkah kita?

1 comment:

  1. Permainan Politik CSL...sama saja permainan yg di utarakan oleh DAP...! CSL @ MCA @ Gerakan ibarat api dalam serkam.... sentiasa mengambil peluang yg ada...sentiasa mendesak utk kepentingan bangsa mereka...! Inilah natijahnya bila bangsa Melayu ...semakin alpa..dan lalai...hilang dalam arus politik yg sempit..! Ego dalam memperjuangan idealisma masing2 tanpa memikirkan nasib generasi akan datang...Kalau bangsa Melayu tidak bersatu dari sekarang...Melayu akan menjadi seperti Melayu yg terpinggir..Melayu yg hilang arah....klau dulu " Tak Melayu Hilang di dunia..." tapi kini.." Melayu tak hilang didunia..tapi hilang hak dan mutlak..." ..

    ReplyDelete